Apabila kita berbicara tentang buli, mungkin yang terbayang di fikiran kita adalah buli yang berbentuk fizikal seperti bertumbuk, mencederakan tubuh badan mangsa serta budaya 'ragging' di institusi pendidikan. Tetapi pernahkah kita terfikir bahawa budaya membuli terbahagi kepada beberapa jenis lain seperti buli siber dan buli lisan? Buli berbentuk fizikal kita boleh nampak kesannya secara zahir, tetapi buli-buli yang lain sukar untuk kita nampak kesan zahirnya seperti emosi dan mental yang tersakiti. Jom malam ini kita dengar perkongsian daripada saudari Ainun Salimah Ghani, pengasas board game Aman Tanpa Buli! sumber : #deenstudios