KEMUDAHAN ASAS
Pejabat Pos Bandar Tun Razak merupakan satu-satunya pejabat pos untuk keseluruhan penduduk Felda Keratong. Mula beroperasi pada tahun 1986, pejabat pos ini sering menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk pelbagai urusan harian seperti membayar bil, khidmat penghantaran surat dan barang, pos laju dan pelbagai urusan lain. Mula beroperasi seawal jam 8.30 pagi hingga 5 petang, kini Pejabat Pos Bandar Tun Razak masih beroperasi dengan lancar atas kecekapan 4 orang kakitangan.
(Sumber : Pejabat Pos Bandar Tun Razak)
Stesen Bas Mara Depoh ini bertapak di alamat Pejabat Kenderaan Bas Mara Dara, Jalan Masjid Bandar Tun Razak dan telah mula beroperasi sejak tahun 1982. Berfungsi sebagai pusat penjualan tiket untuk beberapa destinasi terpilih dan sebagai pusat persinggahan untuk kenderaan Bas Mara. Stesen bas ini sering dikunjungi orang ramai untuk perkhidmatan ke destinasi seperti Kuala Lumpur, Chini, Sintok, Muadzam Shah dan beberapa destinasi lain. Kini stesen bas ini diterajui oleh Tuan Haji Mad Nor Bin Abdullah dan memiliki 31 orang kakitangan termasuk pemandu dan kontraktor bas. Beroperasi seawal jam 7 pagi hingga 9 malam setiap hari dengan kemudahan 14 buah bas.
(Sumber: Penyelia Stesen Bas Mara Depoh Bandar Tun Razak)
AGRO Bank Bandar Tun Razak
Perpustakaan Desa Bandar Tun Razak
Masjid Al - Makmuriah Felda Keratong 2
Pusat Internet Desa Bandar Tun Razak
Agro Bank, Perpusatakaan Desa BTR, Pusat Internet Desa (PID) dan juga Masjid Bandar Tun Razak juga adalah antara empat kemudahan yang ada di sekitar Bandar Tun Razak yang mana semua komuniti boleh menggunakan kemudahan ini sebagai kegunaan harian. Keempat-empat kemudahan ini sangat berguna kepada penduduk setempat.