PRODUK TEMPATAN
Bila Hari Raya semua penduduk setempat akan cari "Waknen" dan "Ummi". Bukan Hari Raya pun penduduk setempat akan cari "Ummi" dan "Waknen". Siapakah "Waknen" dan "Ummi" ni ye?????
Ni la "Ummi" yang dimaksudkan. Ummi Bahulu & Chip's. Pelbagai jenis kuih yang dihasilkan seperti bahulu ikan, bahulu tapak gajah dan macam-macam lagi. selain itu, ada juga kerepek pisang, berbagai jenis pisang, kerepek ubi, kuih-kuih dan macam-macam jenis kuih. Ummi Bahulu & Chip's juga mengambil tempahan untuk "goodies bag" untuk perkahwinan.
"Waknen Keropok Bawang Enterprise" pengusaha kerepek bawang dan kuih-kuih terbesar sekitar sini seperti kerepek pisang, kerepek ubi, kerepek dal, dan macam-macam lagi. Selain daripada kerepek terdapat juga jenis kuih yang dihasilkan sebagai produk tempatan seperti kuih sempret, kuih batang buruk, kuih tart dan pelbagai lagi. Boleh dikatakan semua penduduk setempat akan berkunjung ke Kilang Wak Nen Keropok Bawang Enterprise untuk mendapatkan kerepek dan kuih yang mereka mahu.