Maklumat Am

LOKASI

FELDA (Federal Land Development Authority) atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan adalah salah satu usaha dan tanggungjawab secara langsung kerajaan untuk pembangunan kawasan pedalaman di negara ini. Dengan keluasan kawasan sebesar 2246.68 Hek (L) 167.70 Hek (K), Felda Keratong 2 telah dibuka pada tahun 1973, di mana pihak pengurusan Felda telah memasukkan penyertaan masyarakat berbangsa Melayu daripada pelbagai negeri ke Kampung Felda Keratong 2 ini.

 

 

CARTAORGANISASI FELDA

Rajah : Carta Organisasi Felda Keratong 2

 

 

TAHUN PEMBANGUNAN FELDA.png

Rajah : Tahun Pembangunan Felda Keratong 2

 

 

TAHUN PEMBANGUNAN FELDA

  Rajah : Tahun Pembangunan Felda Keratong 2

 

MAPS KERATONG 2.png

Rajah : Peta Felda Keratong 2

             

 Screenshot_2023-08-28_130436.png

 Rajah: Peta Felda Keratong Zon A

 

FELDA SEKITAR FELDA KERATONG 2

Sedikit Maklumat yang mana Felda Zon Keratong A terdiri daripada :

  1. Felda Keratong 1
  2. Felda Keratong 2
  3. Felda Keratong 3
  4. Felda Keratong 4
  5. Felda Keratong 5

 

TABURAN PENDUDUK

Penduduk Felda Keratong 2 adalah seramai 2015 orang (anggaran), yang majoritinya adalah kaum Melayu. Namun begitu, terdapat juga kaum lain yang menjadi penduduk minoriti di sini. Taburan penduduk yang agak ramai ini menjadikan Felda Keratong 2 sentiasa berada dalam keadaan aman dan harmoni. Berikut adalah taburan penduduk yang terdapat di Felda Keratong 2.

 

UMUR/TAHUN

JUMLAH

Kurang dari 12 tahun

218

12 hingga 17 tahun

453

18 hingga 25 tahun

462

26 hingga 40 tahun

1665

41 hingga 58 tahun

1110

58 tahun ke atas

234

JUMLAH KESELURUHAN

4142

 

STATISTIK PEKERJAAN

Kebanyakan penduduk di Felda ini adalah peneroka (Generasi pertama yang menakluki Felda Keratong 2 dan mereka mempunyai lebih kurang 10 ekar tanah yang mengusahakan penanaman kelapa sawit). Kebiasaan peneroka tidak bekerja tetapi mereka mempunyai ladang dan meraka hanya mengharapkan penghasilan daripada buah kelapa sawit itu Sahaja.  Oleh itu, penduduk Felda Keratong 2 generasi pertama boleh dikategorikan sebagai peladang atau pun bekerja sendiri.  Oleh yang demikian, peratus dari statistik pekerjaan menunjukkan peladang adalah pekerjaan utama penduduk Felda Keratong 2. Peratus pekerjaan penduduk keseluruhannya adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:

 

JENIS PEKERJAAN

JUMLAH

KERAJAAN

20.5%

SWASTA

15.7%

PETANI

16.6%

NELAYAN

0.00%

SENDIRI/PELADANG

47.2%

JUMLAH KESELURUHAN

100%

 

BADAN-BADAN KEBAJIKAN/NGO

Terdapat Badan-badan Kebajikan/NGO yang terdapat di Felda Keratong 2, antaranya ialah: 

 

  1. Kemas Permata Kanak-Kanak Felda Keratong 2
  2. Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Keratong 2
  3. Persatuan Ibu Tunggal
  4. Persatuan Kami Anak Felda (KAF)
  5. Perpustakaan Desa Bandar Tun Abdul Razak
  6. Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Keratong 2

 

  1. Sumber maklumat: Pejabat Felda Keratong 2

 

 

AHLI PARLIMEN/ADUN KAWASAN

 

AHLI PARLIMEN DAERAH ROMPIN

abdul khalib

  1. DATO' ABDUL KHALIB BIN ABDULLAH DIMP; PPN; AP

Alamat: 22-1, Jalan Makmur 1, Presint Niaga, Bandar Satelite, 26700 Muadzam Shah, Pahang

 

Sumber Maklumat: https://www.parlimen.gov.my/profile-ahli.html?uweb=dr&id=4130&_print=true

DUN BUKIT IBAM

Nazri Ahmad-1.jpg

YB USTAZ NAZRI BIN AHMAD


Kerjaya:

  • ADUN Bukit Ibam
  • Pengetua Maahad Tahfiz Al-Ahmadi, Felda Keratong 5
  • Pensyarah sambilan
  • Guru sambilan

Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:

  • Penasihat Pusat akademi Rakyat & Kecemerlangan Rakya5t (ARCA) Rompin

Sumber Maklumat: PRU - Sinar Harian

 

 PEGAWAI DAERAH ROMPIN

 

TUAN AHMAD NASIM BIN DATO HAJI MOHD SIDEK

TUAN AHMAD NASIM BIN DATO` HAJI MOHD SIDEK

Kompleks Pentadbiran Kerajaan Blok A,

26800 Kuala Rompin,

Pahang Darul Makmur.

No.Tel Pejabat: 09-4146677-6688

Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sumber Maklumat: http://www.mdrompin.gov.my/ms/mdr/pengurusan/profil-ydp

 

KETUA PENEROKA FELDA KERATONG 2

photo1693280959

Hj Bakri Bin Mak Som


Ketua Peneroka Felda Keratong 2

26900 Bandar Tun Abdul Razak, Pahang Darul Makmur

No. Telefon Pejabat: 09-4457612

Sumber Maklumat: JKKR Felda Keratong 2