Maklumat Am
LOKASI
FELDA (Federal Land Development Authority) atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan adalah salah satu usaha dan tanggungjawab secara langsung kerajaan untuk pembangunan kawasan pedalaman di negara ini. Dengan keluasan kawasan sebesar 2246.68 Hek (L) 167.70 Hek (K), Felda Keratong 2 telah dibuka pada tahun 1973, di mana pihak pengurusan Felda telah memasukkan penyertaan masyarakat berbangsa Melayu daripada pelbagai negeri ke Kampung Felda Keratong 2 ini.
Rajah : Carta Organisasi Felda Keratong 2
Rajah : Tahun Pembangunan Felda Keratong 2
Rajah : Tahun Pembangunan Felda Keratong 2
Rajah : Peta Felda Keratong 2
Rajah: Peta Felda Keratong Zon A
FELDA SEKITAR FELDA KERATONG 2
Sedikit Maklumat yang mana Felda Zon Keratong A terdiri daripada :
- Felda Keratong 1
- Felda Keratong 2
- Felda Keratong 3
- Felda Keratong 4
- Felda Keratong 5
TABURAN PENDUDUK
Penduduk Felda Keratong 2 adalah seramai 2015 orang (anggaran), yang majoritinya adalah kaum Melayu. Namun begitu, terdapat juga kaum lain yang menjadi penduduk minoriti di sini. Taburan penduduk yang agak ramai ini menjadikan Felda Keratong 2 sentiasa berada dalam keadaan aman dan harmoni. Berikut adalah taburan penduduk yang terdapat di Felda Keratong 2.
UMUR/TAHUN |
JUMLAH |
Kurang dari 12 tahun |
218 |
12 hingga 17 tahun |
453 |
18 hingga 25 tahun |
462 |
26 hingga 40 tahun |
1665 |
41 hingga 58 tahun |
1110 |
58 tahun ke atas |
234 |
JUMLAH KESELURUHAN |
4142 |
STATISTIK PEKERJAAN
Kebanyakan penduduk di Felda ini adalah peneroka (Generasi pertama yang menakluki Felda Keratong 2 dan mereka mempunyai lebih kurang 10 ekar tanah yang mengusahakan penanaman kelapa sawit). Kebiasaan peneroka tidak bekerja tetapi mereka mempunyai ladang dan meraka hanya mengharapkan penghasilan daripada buah kelapa sawit itu Sahaja. Oleh itu, penduduk Felda Keratong 2 generasi pertama boleh dikategorikan sebagai peladang atau pun bekerja sendiri. Oleh yang demikian, peratus dari statistik pekerjaan menunjukkan peladang adalah pekerjaan utama penduduk Felda Keratong 2. Peratus pekerjaan penduduk keseluruhannya adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:
JENIS PEKERJAAN |
JUMLAH |
KERAJAAN |
20.5% |
SWASTA |
15.7% |
PETANI |
16.6% |
NELAYAN |
0.00% |
SENDIRI/PELADANG |
47.2% |
JUMLAH KESELURUHAN |
100% |
BADAN-BADAN KEBAJIKAN/NGO
Terdapat Badan-badan Kebajikan/NGO yang terdapat di Felda Keratong 2, antaranya ialah:
- Kemas Permata Kanak-Kanak Felda Keratong 2
- Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Keratong 2
- Persatuan Ibu Tunggal
- Persatuan Kami Anak Felda (KAF)
- Perpustakaan Desa Bandar Tun Abdul Razak
- Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Keratong 2
- Sumber maklumat: Pejabat Felda Keratong 2
AHLI PARLIMEN/ADUN KAWASAN
AHLI PARLIMEN DAERAH ROMPIN
- DATO' ABDUL KHALIB BIN ABDULLAH DIMP; PPN; AP
Alamat: 22-1, Jalan Makmur 1, Presint Niaga, Bandar Satelite, 26700 Muadzam Shah, Pahang
Sumber Maklumat: https://www.parlimen.gov.my/profile-ahli.html?uweb=dr&id=4130&_print=true
DUN BUKIT IBAM
YB USTAZ NAZRI BIN AHMAD
Kerjaya:
- ADUN Bukit Ibam
- Pengetua Maahad Tahfiz Al-Ahmadi, Felda Keratong 5
- Pensyarah sambilan
- Guru sambilan
Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:
- Penasihat Pusat akademi Rakyat & Kecemerlangan Rakya5t (ARCA) Rompin
Sumber Maklumat: PRU - Sinar Harian
PEGAWAI DAERAH ROMPIN
TUAN AHMAD NASIM BIN DATO` HAJI MOHD SIDEK
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Blok A,
26800 Kuala Rompin,
Pahang Darul Makmur.
No.Tel Pejabat: 09-4146677-6688
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Sumber Maklumat: http://www.mdrompin.gov.my/ms/mdr/pengurusan/profil-ydp
KETUA PENEROKA FELDA KERATONG 2
Hj Bakri Bin Mak Som
Ketua Peneroka Felda Keratong 2
26900 Bandar Tun Abdul Razak, Pahang Darul Makmur
No. Telefon Pejabat: 09-4457612
Sumber Maklumat: JKKR Felda Keratong 2