KESELAMATAN

 

Beralamat di Balai Polis Bandar Tun Razak, Rompin, Pahang.  Bangunan ini tersergam indah di atas bukit, sesuai dengan fungsinya sebagai satu badan yang menguatkuasakan undang-undang dan menjaga ketenteraman seluruh kawasan Felda Keratong dan Bandar Tun Razak.  Telah mula beroperasi sejak awal tahun 1992, dan kini tampuk kepimpinannya diterajui oleh SM 64817 Md.  Noor Bin Othman dan dibantu oleh 19 orang anggota polis yang lain.  Balai polis ini turut dilengkapi dengan beberapa buah komputer dan internet serta 3 saltool, sebuah kereta kancil dan sebuah land rover untuk tujuan pemantauan dan rondaan.  Antara aktiviti yang sering dilakukan oleh pihak Balai Polis Bandar Tun Razak ialah rondaan cegah jenayah 2 kali sehari, sekatan jalan (road block) serta mengamalkan dasar pejabat terbuka 24 jam. 

Objektif

1. Mencapai tahap kecemerlangan dalam pengurusan dan perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat.

2. Memupuk sikap positif ke arah pengurusan berkualiti dan mendorong semua anggota melalui pengiktirafan yang bersesuaian terhadap segala usaha untuk meningkatkan perkhidmatan dengan masyarakat.

3. Mempertingkatkan penggunaan teknologi maklumat serta melaksanakan perubahan ke arah memperkemaskan sistem pengurusan kelengkapan-kelengkapan dan memperbaiki proses kerja-kerja harian.

4.  Meningkatkan produktiviti  melalui penggunaan segala sumber dan tenaga manusia yang disediakan.

5. Memelihara suasana persefahaman antara satu sama lain dan bekerjasama melalui perhubungan secara terbuka.

6. Mempamerkan kemahiran diri dan keluhuran dalam perhubungan sesama kita, lain-lain jabatan/agensi-agensi kerajaan dan masyarakat. 

(Sumber : Balai Polis Bandar Tun Razak)