Sedihnya bila mendengar Kru Aziz M Osman terlibat dalam kemalangan dan satu nyawa telah terkorban yang mungkin disebabkan microsleep. Anda yang ingin pulang ke kampung hari ini dan esok boleh ambil iktibar daripada kejadian microsleep ini.
Jika anda sudah mula tersengguk sengguk dan menguap berulangkali, meningkatkan kelajuan TIDAK akan menyebabkan anda lebih alert.
Memasang radio juga tidak dapat membantu ketika otak anda sudah tidak dapat proses segala maklumat dan deria anda mula tidak responsive.
Microsleep terjadi tanpa amaran, apabila badan letih, otak akan ‘tertidur’ selama beberapa saat, walaupun mata kita terbuka dan tangan memegang stereng.
Lebih membimbangkan, akibat terkejut selepas terjaga dari microsleep, anda akan tersentak dan mempunyai risiko kekejangan.
Untuk mencegah tragedi ngeri
Berhenti di tempat selamat.
Lakukan Power Nap sekurang kurangnya 5-20 minit
Berehat setiap 2 jam perjalanan
Tukar pemandu & tolong percayakan isteri untuk menganti tempat pemandu.
Semoga perjalanan anda selamat sampai ke destinasi orang yang disayangi.