BALAI POLIS ROMPIN
 
Kumpulan samun yang dikenali sebagai 'Geng Dan Lombok' yang dipercayai bergiat aktif melakukan kes jenayah samun di Felda Keratong telah berjaya ditumpaskan oleh pihak polis dengan tertangkapnya tujuh orang warga Indonesia. Kesemua lelaki Indonesia yang ditangkap tidak mempunyai dokumen dan pasport perjalanan.
 
Dengan tertumpasnya kumpulan penjenayah "Geng Dan Lombok", pihak polis telah berjaya menyelesaikan kes samun dan pecah rumah di Terengganu, Negeri Sembilan dan Pahang terutamanya di Felda Keratong, Rompin.
Turut ditahan seorang wanita warga tempatan yang telah disyaki menjadi talibarut kumpulan terbabit.
Sumber : Polis Pahang