KESIHATAN
Di kawasan-kawasan luar bandar, terdapat pusat-pusat kesihatan yang dikenali sebagai Klinik Desa dan Klinik Pergigian kerajaan. Hal ini bertujuan untuk menjamin kesihatan setiap penduduk agar sentiasa terkawal. Selain pusat kesihatan di Bandar Tun Razak, terdapat klinik desa di setiap gugusan Keratong iaitu:
Klinik Desa Keratong Satu
Klinik Desa Keratong Dua
Klinik Desa Keratong Tiga
Klinik Desa Keratong Lima
Matlamat klinik desa ditubuhkan untuk memberikan rawatan kepada penduduk terutama kepada ibu mengandung dan anak-anak serta beberapa rawatan asas. Antara aktiviti aktiviti tahunan dan bulanan yang sering dilaksanakan termasuklah:
1. Melawat dari rumah ke rumah
2. Merawat penduduk setempat
3. Memberi nasihat tentang pengalaman perancang keluarga
4. Memberi ceramah kesihatan ibu mengandung
5. Menjalankan sesi klinik
Jadual Lawatan dan Rawatan
Isnin : Ibu mengandung
Rabu : Kanak-kanak
Jumaat : Pengalaman perancang keluarga, pesakit luar jika perlu dan lawatan ke rumah
(Sumber : Klinik Desa Keratong 2)
Dikemaskini pada: 4 Julai 2015