SUDIPKAYU

 

Sila perhatikan peralatan memasak anda di rumah. Sekiranya ada peralatan yang telah rosak, terlalu lama dan sudah mula ada tanda tanda kerosakan , sila tukarkan kepada peralatan yang lebih selamat.
.
Seorang kanak kanak lelaki dikejarkan ke jabatan kecemasan setelah meraung raung di rumah kerana kesakitan di tekak.

Kejadian tersebut berlaku secara tiba tiba semasa sekeluarga sedang makan. Pemeriksaan mendapati terdapat serpihan kayu yang tertusuk di rongga tekak kanak kanak malang tersebut.

Kes di rujuk kepada doktor ENT untuk tindakan segera. Serpihan selumbar kayu yang berukuran hampir 11 milimeter berjaya dikeluarkan.

Rupa rupanya ia adalah serpihan sudip kayu yang digunakan di dapur yang telah mencemari makanan. Kanak kanak lebih berisiko kerana mereka tidak mahir merasa bendasing dalam makanan.

.
⚠️ Elakkan menggunakan peralatan memasak yang telah rosak
⚠️ Pilih peralatan yang berkualiti. Jangan terlalu murah
⚠️ Utamakan keselamatan makanan