Anak saya ini kurang tumpuan bila saya panggil. Tak menyahut. Lepas tu, bila ditanya makan, sampai ke sudah tidak makan. Kalau tidak dipaksa, kurus kering agaknya dia.
Jika handphonenya hilang, gelisahnya lain macam. Berlari, tak tentu arah. Almari pun dipanjat. Mendesak pula handphone kita untuk digunakan.
Jika anak tuan puan mempunyai gejala seperti itu, sudah tiba masanya untuk mengawal ketagihan gadget. Sedar atau tidak, kebanyakan ketagihan gadget juga berpunca daripada kita sendiri. Pendedahan awal kepada gadget punca fenomena ini berlaku. Malah ibu bapa sebagai "role model" juga tidak lekang dengan gadget menyebabkan mereka meniru aktiviti kita.
Oleh itu, perbanyakkan masa melakukan aktiviti bersama anak terutamanya hujung minggu ini. Jom cuba berubah untuk mereka.
Jika anda mempunyai masalah dalam mengawal ketagihan gadget mereka, anda juga boleh cuba dapatkan rawatan dengan doktor anda. Semoga berjaya!