bahaya goncang bayi

Bahaya goncang anak sewaktu bayi.

Tahukah anda, perbuatan seperti
✅ Melambung bayi
✅ Menggoncang bayi
✅ Senaman akrobatik bayi
Adalah sangat bahaya untuk bayi.

Bayi mempunyai otak yang lembut dan otot leher yang lemah. Bayi juga mempunyai salur darah yang sangat halus.

Menggoncang bayi atau kanak-kanak kecil boleh menyebabkan otak menhentak dinding tengkorak dan menyebabkan salur darah terkoyak, pendarahan dan otak membengkak.

Kesan lain adalah seperti patah tulang belakang, leher, dan juga kerosakan pada mata.

Shaken baby syndrome (SBS) kerap berlaku pada bayi berumur bawah 2 tahun. Namun ianya boleh berlaku pada kanak-kanak berumur 5 tahun.

Kebanyakan kes berlaku pada umur 6 -8 minggu dimana bayi kerap menangis. Penjaga yang stress akibat bayi yang kerap menangis atau untuk melepaskan geram adalah contoh paling kerap mengapa bayi digoncang.

Ada juga menggocang bayi kerana aktiviti fizikal yang kononnya memberikan senaman kepada bayi.

Anda tidak sepatutnya menggoncang bayi dalam apa jua keadaan. SBS adalah satu perkara yang serius dan boleh dikategorikan sebagai penderaan. Jika anda rasakan anak anda merupakan mangsa penderaan SBS, bawa kepada doktor untuk rawatan dan laporkan kepada polis untuk tindakan undang-undang.