TARIKH : 17 DISEMBER 2022
MASA : 10.00AM - 1.00PM
LOKASI : PEDi FELDA KERATONG 2
PESERTA : 18 ORANG
Objektif LPM secara amnya adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan.
- LPM juga menekankan aspek-aspek asas dalam kebersihan dan keselamatan makanan, termasuk diri pengendali dan premis makanan.
- Secara tidak langsung, kejadian keracunan makanan di seluruh negara dapat dikurangkan.
Melalui LPM ini juga, pengendali makanan akan dilatih oleh tenaga pengajar menggunakan modul pengajaran yang disediakan oleh KKM.
- Sijil kehadiran kursus akan diberikan kepada pengendali makanan yang menghadiri kursus LPM mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.