USAHAWAN KECIL
Nama |
: FARHANA ATIKAH BINTI AHMAD SHUHAIMI |
Umur |
: 20 Tahun |
Ahli |
: 2011 |
Latar belakang
Farhana adalah seorang cucu peneroka Felda Keratong 2 yang sedang melanjutkan pelajaran di IPTA Seremban dan membuat sambilan penjualan tudung dan baju. Beliau minat dalam bidang perniagaan dan beliau secara perlahan belajar cara-cara untuk mempromosikan produk beliau. Beliau membuat penjualan tudung jenama sendiri dan juga penjualan baju terpakai secara atas talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan diri di Pusat Internet Felda Keratong 2, Farhana sudah mempelajari sedikit sebanyak cara-cara untuk mempromosikan perniagaan beliau dan sedikit sebanyak sudah belajar cara untuk mempromosikan perniagaan di laman sosial.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti program usahawan yang diadakan di PI Felda Keratong 2. Farhana sudah mahir dalam mengendalikan akaun laman sesawangnya dan juga sudah tahu untuk mempromosikan perniagaannya di laman sesawang yang baru iaitu di laman dashboard komuniti Pusat Internet. Sebelum ini, beliau hanya mengiklankan produknya di laman sesawang yang biasa digunakan tetapi setelah melibatkan diri di Pusat internet beliau mempunyai laman sesawang yang baru iaitu Dasboard Komuniti (MyShop). Beliau mendapat tambahan tempahan untuk produk beliau.