Nama NUR ISHZA SYAZLIYANA BINTI JO ISHAMKAMAL 
Umur  18 Tahun
Ahli  2016

 

Latar belakang

 

Nur Ishza Syazliyana adalah seorang pelajar SMKK (Sek Men Kebangsaan Keratong) di Felda Keratong 2.  Beliau datang ke PEDi Felda Keratong 2 untuk mempelajari cara untuk mengendali komputer dan juga ingin mempelajari Microsoft Office. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sebelum penggunaan ICT di PEDi, Ishza hanya pandai menggunakan Microsoft Office Powerpoint, hanya basic sahaja.  Selain daripada Microsoft Power Point, Ishza tidak mahir untuk mengendalikannya inikan pula untuk mencari sumber-sumber maklumat di internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas komputer yang dibimbing oleh staff PEDi Felda Keratong 2, beliau kini telah mempelajari banyak perkara berkaitan komputer dan penggunaan ICT.  Pembelajaran ini membuatkan beliau sudah tahu cara-cara untuk menggunakan Microsoft Office dan juga tahu cara-cara untuk mencari maklumat juga menyimpat maklumat di dalam internet.  Oleh itu, ianya dapat membantu Ishza dalam menyelesaikan kerja kursusnya semasa melanjutkan pembelajaran di universiti kelak.

WhatsApp Image 2022 09 24 at 12.04.21 PM WhatsApp Image 2022 09 19 at 4.49.55 PM