Nama : Fatin Nursarida Binti Saidin
Umur : 20 Tahun
Ahli : 2017
Latar belakang
Fatin Nursarida adalah pelajar IPTA. Beliau datang ke PEDi Felda Keratong 2 untuk mempelajari cara untuk mengendali komputer dan juga ingin mempelajari Microsoft Office dengan lebih mahir.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT di PEDi , Fatin hanya pandai menggunakan Microsoft Office basic sahaja. Memandangkan beliau kini belajar di IPTA, beliau harus menguasai ilmu ict dengan lebih terperinci (advanced). Beliau juga ingin mempelajari asas penghasilan poster dan video
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui kelas komputer yang dibimbing oleh PEDi Felda Keratong 2, beliau kini telah mempelajari banyak perkara berkaitan komputer dan penggunaan ICT. Pembelajaran ini membuatkan beliau mahir dalam bidang Komputer dan beliau dengan sendirinya dapat melaksanakan tugasan dan kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah. Selain itu, Fatin lebih mudah menyelesaikan tugasan yang diberikan semasa di IPTA.