Nama : Muhammad Irfan Arif bin Mohd Sufian
Umur : 17 Tahun
Ahli : 2019
Latar belakang
Irfan adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Keratong. Irfan juga adalah seorang cucu kepada Peneroka Felda Keratong 2. Beliau datang ke NADI Felda Keratong 2 untuk mempelajari cara untuk mengendali komputer dan juga ingin mempelajari Microsoft Office. Sekiranya Irfan mempunyai waktu lapang, beliau selalu hadir ke NADI untuk mencari maklumat-maklumat untuk menyiapkan kerja sekolah beliau ataupun mengulang kaji Pelajaran di sini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum menyertai kelas ICT di NADI, Irfan hanya pandai menggunakan Microsoft Office Word dan ianya hanyalah basic sahaja. Selain daripada Microsoft Word, Irfan tidak mahir untuk mengendalikannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui kelas komputer yang dibimbing oleh staff NADI Felda Keratong 2, beliau kini telah mempelajari banyak perkara berkaitan komputer, penggunaan ICT dan juga cara mengendalikan Microsoft Word Office. Pembelajaran ini membuatkan beliau mahir dalam bidang Komputer dan beliau dengan sendirinya dapat melaksanakan tugasan dan kerja kursus yang diberi oleh cikgu.