cuti umum pru15

 

PRU-15 | Kerajaan menetapkan 18 dan 19 November ini (Jumaat dan Sabtu) sebagai Hari Kelepasan Am bagi memudahkan urusan pengundi menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan juga bersetuju supaya tarikh pembayaran gaji untuk penjawat awam bagi bulan ini diawalkan pada 17 November dan bagi pesara pula, bayaran pencen diawalkan pada hari ini.

“Perkara ini diharap dapat meringankan beban kos penjawat awam yang ingin pulang ke kampung halaman bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya.

 

Sumber: Buletin TV3