Berhati-hati dengan phishing scam dengan mengikuti langkah berikut :-
- 1)Tawaran yang terlalu bagus: Jangan terus bertindak terhadap permintaan maklumat sensitif dan perbankan.
- 2)Janji-janji yang terlalu bagus: Jangan memberikan maklumat peribadi atau akaun bank anda kepada orang yang tidak dikenali.
- 3)Panggilan telefon dan mesej tidak dikenali: Jangan mudah percaya pada panggilan atau mesej yang meminta maklumat peribadi atau kewangan.
- 4)Iklan pekerjaan di media sosial: Jangan bayar wang pemprosesan untuk permintaan kerja atau apabila anda diminta membuat pembayaran ke akaun pihak ketiga yang tidak diketahui.
- 5)Pemeriksaan berkala: Sentiasa periksa akaun bank dan akaun media sosial untuk sebarang aktiviti yang mencurigakan. Laporkan dengan segera jika ada sebarang transaksi yang tidak dikenali. Gunakan notifikasi untuk semua transaksi kewangan dan log masuk ke akaun penting sebagai langkah berjaga-jaga.