Klik Dengan Bijak (KDB) merupakan inisiatif keselamatan internet dalam mempromosikan penggunaan internet secara positif di kalangan rakyat Malaysia berdasarkan 3 teras; Selamat, Waspada dan Tanggungjawab. Dengan menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara, program ini merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.
Haa.. kalau nak tahu, jom tonton video ini sekarang. Jangan lupa SHARE dan sampaikan perkongsian ini kepada orang terdekat anda. Kami tahu anda bijak 👍 - - Like dan Follow👇👇 Facebook: Klik Dengan Bijak Instagram: http://instagram.com/klikdenganbijak #sebenarnya #klikdenganbijak
Adakah anda pernah terima panggilan daripada seseorang yang tidak dikenali? Pernah menerima pesanan daripada pihak bank atau pihak berkuasa tetapi tidak pasti kesahihannya? Awas! Pastikan anda menyemak dahulu sebelum menjawab atau membalas pesanan tersebut kerana takut anda mungkin boleh terjebak dengan Penipuan di Atas Talian. Mari kita lihat video ini bagi mengetahui lebih lanjut mengenainya. - PIK Felda Soeharto