microsleep
 
Sedihnya bila mendengar Kru Aziz M Osman terlibat dalam kemalangan dan satu nyawa telah terkorban yang mungkin disebabkan microsleep. Anda yang ingin pulang ke kampung hari ini dan esok boleh ambil iktibar daripada kejadian microsleep ini.
Jika anda sudah mula tersengguk sengguk dan menguap berulangkali, meningkatkan kelajuan TIDAK akan menyebabkan anda lebih alert.
Memasang radio juga tidak dapat membantu ketika otak anda sudah tidak dapat proses segala maklumat dan deria anda mula tidak responsive.
Microsleep terjadi tanpa amaran, apabila badan letih, otak akan ‘tertidur’ selama beberapa saat, walaupun mata kita terbuka dan tangan memegang stereng.
Lebih membimbangkan, akibat terkejut selepas terjaga dari microsleep, anda akan tersentak dan mempunyai risiko kekejangan.
Untuk mencegah tragedi ngeri
✔️ Berhenti di tempat selamat.
✔️ Lakukan Power Nap sekurang kurangnya 5-20 minit
✔️ Berehat setiap 2 jam perjalanan
✔️ Tukar pemandu & tolong percayakan isteri untuk menganti tempat pemandu.
Semoga perjalanan anda selamat sampai ke destinasi orang yang disayangi.

Seorang lelaki berusia 20 tahun meninggal dunia setelah mengalami kelecuran dan luka kebakaran apabila sebuah alat mobiliti peribadi (PMD) atau skuter elektrok TERBAKAR dalam sebuah lif di blok perumahan di Woodland.

Bayangkan dalam ruang yang tiada jalan keluar, skuter tersebut tiba tiba meletup dan terbakar. Siasatan awal ke atas punca kebakaran itu mendapati ia disebabkan oleh "punca elektrik" dari sebuah PMD

Ini bukanlah insiden pertama berlaku, sebelum ini terdapat insiden kebakaran melibatkan premis akibat letupan bateri yang sedang di caj.

Penggunaan e-skuter memang memudahkan, jimat dan mesra alam sekitar. Namun pastikan skuter yang dibeli mendapat pengesahan keselamatan dari SIRIM.

Pengguna juga ditegah untuk membawa e-skuter fi tengah tengah jalan raya kerana ada risiko kemalangan. Kajian yang dilakukan mendapati pengguna e skuter mempunyai 3 kali ganda risiko kemalangan dan perlu dimasukkan ke hospital .

Hati hati ya.

 

SKUTER

Klik Dengan Bijak (KDB) merupakan inisiatif keselamatan internet dalam mempromosikan penggunaan internet secara positif di kalangan rakyat Malaysia berdasarkan 3 teras; Selamat, Waspada dan Tanggungjawab. Dengan menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara, program ini merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.
Pemakaian pelitup muka dan PPE dapat mengurangkan risiko anda dijangkti walaupun anda mempunyai kontak dengan individu yang telah dijangktii covid-19
✔️ Untuk orang awam - gunakan pelitup muka . Pastikan individu disekeliling anda ditempat awam dan tempat kerja memakai topeng muka
✔️ Untuk anggota Frontliners- pastikan anda menggunakan PPE yang bersesuaian apabila mengendalikan pesakit dan individu berisiko
 
keselamatan diri