Baru-baru ini Pengurus Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Felda Keratong 2 telah mengikuti Kursus Latihan Tahunan yang mana antara pengisiannya ialah PI1M telah menjadi sukarelawan KOSPEN. Antara tugas sukarelawan PI1M ialah membuat pemeriksaan kesihatan ( Timbang berat, Tekanan Darah, Gula Dalam Darah). Oleh yang demikian, komuniti sekitar boleh membuat pemeriksaan kesihatan dengan datang ke PI1M Felda Keratong 2.

kesihatan

KESIHATAN

 

Di kawasan-kawasan luar bandar, terdapat pusat-pusat kesihatan yang dikenali sebagai Klinik Desa dan Klinik Pergigian kerajaan. Hal ini bertujuan untuk menjamin kesihatan setiap penduduk agar sentiasa terkawal.  Selain pusat kesihatan di Bandar Tun Razak, terdapat klinik desa di setiap gugusan Keratong iaitu:


Klinik Desa Keratong Satu

Klinik Desa Keratong Dua

Klinik Desa Keratong Tiga

Klinik Desa Keratong Lima


Matlamat klinik desa ditubuhkan untuk memberikan rawatan kepada penduduk terutama kepada ibu mengandung dan anak-anak serta beberapa rawatan asas. Antara aktiviti aktiviti tahunan dan bulanan yang sering dilaksanakan termasuklah:

1.      Melawat dari rumah ke rumah
2.      Merawat penduduk setempat
3.      Memberi nasihat  tentang pengalaman perancang keluarga
4.      Memberi ceramah kesihatan ibu mengandung
5.      Menjalankan sesi klinik


Jadual Lawatan dan Rawatan    

Isnin    : Ibu mengandung
Rabu    : Kanak-kanak
Jumaat : Pengalaman perancang keluarga, pesakit luar jika perlu dan lawatan ke rumah

(Sumber : Klinik Desa Keratong 2)

Dikemaskini pada: 4 Julai 2015