BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama

: NUR SYUHADA BINTI IBRAHIM

Umur

: 18 tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

Nur Syuhada binti Ibrahim kurang mahir berkaitan dengan ict dan Komputer.  Beliau hadir untuk menjalani latihan ict dan Microsoft office supaya dapat melaksanakan tugasan di tempat kerja beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Nur Syuhada binti Ibrahim hanya mempunyai pengetahuan asas berkaitan internet dan penggunaan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Keratong 2, beliau kini telah mempelajari banyak perkara berkaitan komputer dan penggunaan ICT.  Pembelajaran ini membuatkan beliau mahir dalam bidang Komputer dan beliau dengan sendirinya dapat melaksanakan tugasan di tempat kerjanya dengan senang, pantas dan cekap.

USAHAWAN KECIL

Nama

: SITI MURNI BINTI ABD RAHMAN

Umur

: 41 tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

Puan Siti Murni binti Abd Rahman ialah usahawan kecil Felda Keratong 2.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Seorang surirumah dan juga bekerja sendiri.  Penjualan produk dan perkhidmatan kurang berkembang.  Beliau kurang dalam ilmu IT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Puan Murni sudah mula mahir dalam bidang IT.  Beliau sudah memasarkan Produk kecantikan dan kesihatan ke laman sosial dan juga sudah war-warkan perkhidmatan secara online.

WhatsApp Image 2018-03-12 at 10.58.16 (3).jpeg 

 

BELAJAR KELAS ICT / USAHAWAN

NORALIZA BINTI ABU BAKAR

33 TAHUN

KEAHLIAN PADA TAHUN 2016

LATAR BELAKANG

Seorang anak peneroka  yang sudah bersuami dan mempunyai 3 orang anak.  Tidak bekerja tapi berminat dengan masakan (baking cake).  Kebiasaan hanya “baking cake” untuk keluarga dan kawan.  Sekarang sudah berniaga secara online, menerima tempahan daripada komuniti setempat.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Puan Noraliza hanya membuat kek untuk ahli keluarga dan rakan-rakan sahaja.  Setelah dijemput untuk membuat kelas masakan (baking cake) di Pi1M Keratong 2 bersama-sama usahawan online (usahawan yang berniaga kek secara online), beliau sudah menerima tempahan luar dan sama-sama menceburi usahawan online.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Selepas beliau bersama-sama menjayakan program “baking cake” bersama usahawan online di Pi1M Felda Keratong 2, Puan Nora sedikit sebanyak menerima tempahan luar dan hingga ke hari ini beliau menerima tempahan kek dari komuniti luar dan beliau juga sudah digelar usahawan online (baking cake)

USAHAWAN KECIL

Nama

: NORHAPIZAH BINTI ATAN

Umur

: 42 tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

Puan Norhapizah binti Atan ialah usahawan kecil Felda Keratong 2.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Seorang surirumah sepenuh masa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas meluangkan masa mengikuti program yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia, Norhapizah binti Atan perlahan-lahan menceburi produk kecantikan MaryKay dan Juga Brand Tupperware.  Sekarang puan Norhapizah binti Atan sentiasa mengikuti program yang di jalankan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Keratong 2 dan menjadi usahawan MK dan Tupperware.

WhatsApp Image 2018-03-12 at 10.23.44.jpeg 

USAHAWAN ONLINE 2 Q3 2017 – JAMALIAH BINTI YUSOFF

BELAJAR KELAS ICT / USAHAWAN

NAMA : JAMALIAH BINTI YUSOFF
UMUR : 31 TAHUN
AHLI : 2017

LATAR BELAKANG

Jamaliah binti Yusoff seorang peniagaa yang mana beliau menjual barang-barangkecantikan seperti bag tangan, kasut, baju dan juga

menjual barang kecantikan secara kecil-kecilan. 

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Sebelum menceburi bidang usahawan bersama PI1M Felda Keratong 2, beliau masih samar-samar dalam mempromosikan produk beliau.  Pendapatan beliau pun kurang memuaskan.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Setelah melibatkan diri dengan program-program usahawan bersama PI1M Felda Keratong 2, beliau dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan dengan penjualan dan cara-cara mempromosikan produk.  Beliau mempelajari cara pengambilan gambar produk untuk di promosikan (teknik-teknik pengambilan gambar untuk dipromosikan) di laman-laman sesawang seperti facebook, Instagram, Aplikasi Dashboard Komuniti dan sebagainya.  Pendaptan beliau semakin bertambah malah ada juga pembeli terpaksa membuat tempahan awal untuk mendapatkan produk yang mereka inginkan.