Nama

SITI NURSYUHADA BINTI ROSLI

Umur

: 24 Tahun

Ahli

: 2019

 

Latar belakang

 siti Nursyuhada adalah seorang anak peneroka Felda Keratong 2.  Selepas tamat pengajian SPM.  Beliau tidak menyambungkan pelajarannya di mana-mana institut dan beliau bekerja sebagai pembantu kedai.  Disebabkan kesihatan ibunya kurang memuaskan, beliau berhenti bekerja dan membantu ibunya di rumah. Oleh kerana beliau tiada pendapatan bulanan, beliau cuba untuk membuat perniagaan  sendiri di rumah.  Sekarang beliau sudah mempunyai perniagaan sendiri iaitu Menjual Nasi Lemak.  Beliau menjula nasi lemak secara offline dan online.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan diri di Pusat Internet Felda Keratong 2, Siti Nursyuhada hanyalah berniaga dikedai sendiri.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti program usahawan yang diadakan di PIK Felda Keratong 2.  Siti Nursyuhada sudah belajar cara mengiklankan perniagaannya (Nasi Lemak Adah) di aplikasi whatsapp, facebook dan mana-mana platform yang boleh membantu beliau mengiklankan Nasi Lemaknya.

 

WhatsApp Image 2021 02 19 at 12.05.40 1WhatsApp Image 2021 02 19 at 15.09.24WhatsApp Image 2021 02 19 at 12.05.40 3

Nama

: NADEYAH BINTI YUSOF

Umur

: 33 Tahun

Ahli

: 2017

 

 

Latar belakang

 

Nadeyah binti Yusof tinggal di Kampung Tengah Sedili Besar Kota Tinggi.  Selepas beliau berkahwin, beliau berhijrah ke Felda Keratong 2.  Suaminya bekerja di ladang, untuk menampung perbelanjaan keluarga, Nadeyah menjual Apam Balik dan juga menjadi stokis produk kecantikan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sebelum penglibatan diri di Pusat Internet Felda Keratong 2, Nadeyah sudah mempelajari sedikit sebanyak cara-cara untuk mempromosikan perniagaan beliau dan sedikit sebanyak sudah belajar cara untuk mempromosikan perniagaan di laman sesawang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti program usahawan yang diadakan di PI Felda Keratong 2.  Nadeyah  sudah mahir dalam mempromosikan perniagaannya di laman sesawang yang baru iaitu di laman dashboard komuniti Pusat Internet.  Sebelum ini, beliau hanya mengiklankan produknya melalui facebook, Instagram dan lain-lain lagi.

 

 

NAD 1 nadnad 3

Nama NURUL AINA WARDINA BINTI NAZARUDIN
 Umur  : 16 Tahun
 Ahli  : 2020

 

Latar belakang 

Nurul Aina Wardina seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Keratong (SMKK), hadir ke Pusat Internet Felda Keratong 2 untuk mengambil Kelas ICT kerana beliau kurang mahir untuk mengendalikan komputer.  Sangat susah untuk beliau menyiapkan tugasan yang diberikan kepada beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum penggunaan ICT di Pusat Internet, Aina memang tidak tahu untuk  mengendalikan komputer dan juga tidak mahir untuk menggunakan Microsoft.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Keratong 2, beliau kini telah mempelajari banyak perkara berkaitan komputer dan penggunaan ICT.  Pembelajaran ini membuatkan beliau mahir dalam bidang Komputer dan beliau dengan sendirinya dapat melaksanakan tugasan beliau.

 

WhatsApp Image 2020 09 08 at 14.45.18

Nama

: NUR FAHRISAH BINTI SALIMAN

Umur

: 24 Tahun

Ahli

: 2020

 

Latar belakang

 Nur Fahrisah Saliman adalah anak peneroka Felda Keratong 2 yang mana beliau tinggal bersama ibunya. Fahrisah mempunyai kebolehan dalam mencipta bunga kertas dan juga “baking cake”. Beliau tidak melanjutkan pelajarannya adalah kerana menjaga emaknya di rumah. Oleh itu, beliau membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan menerima tempahan kek dan juga bunga kertas dll.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum penglibatan diri di Pusat Internet Felda Keratong 2, Fahrisah sudah mempelajari sedikit sebanyak cara-cara untuk mempromosikan perniagaan beliau dan sedikit sebanyak sudah belajar cara untuk mempromosikan perniagaan di akaun shopee.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti program usahawan yang diadakan di PI Felda Keratong 2. Fahrisah sudah mahir dalam mengendalikan akaun shopee dan juga sudah tahu untuk mempromosikan perniagaannya di laman sesawang yang baru iaitu di laman dashboard komuniti Pusat Internet. Sebelum ini, beliau hanya mengiklankan di shopee dan juga laman sesawang yang biasa digunakan iaitu, facebook, Instagram dan lain-lain lagi.

WhatsApp Image 2020 11 24 at 10.58.13 WhatsApp Image 2020 11 24 at 11.01.38

Nama

: FARHANA ATIKAH BINTI AHMAD SHUHAIMI

Umur

: 20 Tahun

Ahli

: 2011

 

Latar belakang

 Farhana adalah seorang cucu peneroka Felda Keratong 2 yang sedang melanjutkan pelajaran di IPTA Seremban dan membuat sambilan penjualan tudung dan baju.  Beliau minat dalam bidang perniagaan dan beliau secara perlahan belajar cara-cara untuk mempromosikan produk beliau.  Beliau membuat penjualan tudung jenama sendiri dan juga penjualan baju terpakai secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum penglibatan diri di Pusat Internet Felda Keratong 2, Farhana sudah mempelajari sedikit sebanyak cara-cara untuk mempromosikan perniagaan beliau dan sedikit sebanyak sudah belajar cara untuk mempromosikan perniagaan di laman sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti program usahawan yang diadakan di PI Felda Keratong 2.  Farhana sudah mahir dalam mengendalikan akaun laman sesawangnya dan juga sudah tahu untuk mempromosikan perniagaannya di laman sesawang yang baru iaitu di laman dashboard komuniti Pusat Internet.  Sebelum ini, beliau hanya mengiklankan produknya di laman sesawang yang biasa digunakan tetapi setelah melibatkan diri di Pusat internet beliau mempunyai laman sesawang yang baru iaitu Dasboard Komuniti (MyShop).  Beliau mendapat tambahan tempahan untuk produk beliau.

 

WhatsApp Image 2020 09 08 at 13.07.47