Nama

NOORLILAH BINTI MOHAMAD NOOR

Umur

: 37 Tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Bermula dengan perniagaan kecil-kecilan.  Puan Noorlilah mempunyai perniagaan Ayam Golek Berempah.  Puan Noorlilah hanya mempromosikan perniagaan di aplikasi whatsapp.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pemasaran kurang meluas dan tidak mengetahui dengan details tentang ICT.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT, perniagaan Puan Noorlilah semakin berkembang, beliau juga menerima tempahan melalui laman sesawang iaitu melalui facebook beliau dan lain-lain lagi.  Dengan adanya ICT,  Puan Noorlilah mendapat tempahan produk setiap hari dan ini dapat menambahkan pendapatan beliau.

 

Q2

Caption : Maklumat yang diiklankan di Laman Sesawang

Nama

: NURUL JANNAH BINTI IRWAN

Umur

: 31 Tahun

Ahli

: 2019

Latar belakang

Puan Jannah seorang petugas di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di Bandar Tun Abdul Razak,Pahang.  Selain daripada itu, Puan Jannah masih lagi mencari pendapatan lain bagi menampung perbelanjaan beliau sekeluarga.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan diri di Pusat Internet Felda Keratong 2, Puan Jannah hanya tertumpu kepada pengiklanan produk beliau menggunakan aplikasi whatsapp dan facebook sahaja.  Beliau kurang mengetahui penggunaan aplikasi lain.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti program usahawan yang diadakan di PI Felda Keratong 2.  Puan Jannah sudah mula belajar cara-cara untuk mengiklankan produknya di aplikasi lain selain daripada whatsapp dan facebook.  Beliau sudah mempelajari aplikasi “MyShop” di Dashboard Pusat Internet dan juga di aplikasi lain.  Sekarang Puan Jannah sudah mempunyai ramai pelanggan dan perniagaan semakin berkembang.  Penjualan semakin meningkat setiap bulan.

Q1

Caption : Maklumat yang diiklankan di Laman Sesawang.

 

Nama  : Pn. Norashikin binti Arshad
 Umur  : 34 Tahun
 Ahli  : 2014

 

Latar belakang

Puan Shikin kurang mahir berkaitan dengan ict dan Komputer.  Beliau hadir untuk menjalani latihan ict dan Microsoft office supaya dapat melaksanakan tugasan di tempat kerja beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Puan Shikin hanya mempunyai pengetahuan asas berkaitan internet dan penggunaan ICT.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet  Felda Keratong 2, beliau kini telah mempelajari banyak perkara berkaitan komputer dan penggunaan ICT.  Pembelajaran ini membuatkan beliau mahir dalam bidang Komputer dan beliau dengan sendirinya dapat melaksanakan tugasan di tempat kerjanya dengan senang, pantas dan cekap.

 

IMG20180927101204IMG20180928095544

 

 

Nama

: Norfatin Hazwani binti Ahmad Safri

Umur

: 22 Tahun

Ahli

: 2019

Latar belakang

Puan Norfatin Hazwani binti Ahmad Safri adalah seorang anak peneroka yang berumur 22 tahun dan sudah mempunyai seorang anak lelaki.  Beliau seorang suri rumah.  Beliau berminat untuk berniaga dan memilih barangan seperti tudung dan juga baju kurung yang sudah siap di jahit.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Puan Norfatin kurang membuat penjualan dalam sebulan hanya beberape helai sahaja penjualan.  Puan Norfatin kurang mahir dalam mempromosikan produk jualannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti program usahawan yang diadakan di PI Felda Keratong 2.  Puan Norfatin  sudah mula belajar cara-cara untuk mengendalikan perniagaan yang diceburi.  Sekarang Puan Norfatin sudah mempunyai ramai pelanggan dan perniagaan semakin berkembang.  Penjualan semakin meningkat setiap bulan.

FATIN1

Caption : Puan Norfatin mempromosikan jualannya di media sosial

Nama

: Norafikah binti Nordin

Umur

: 28 tahun

Ahli

: 2019

Latar belakang

Norafikah binti Nordin adalah seorang anak peneroka dan sekarang beliau hanya tinggal bersama ibunya.  Beliau tidak bekerja atas kerana beliau menjaga ibunya yang mengidapi sakit kencing manis yang tidak mampu untuk bergerak sendiri.  Oleh itu, beliau hanya mencuba untuk berniaga sendiri untuk menyara kehidupannya dan juga ibu beliau.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tiada kemahiran berniaga dan kurang kemahiran berkaitan dengan online business.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti program usahawan yang diadakan di PI Felda Keratong 2.  Norafikah sudah mula belajar cara-cara untuk mengendalikan perniagaan yang diceburi.  Sekarang Norafikah sudah mempunyai ramai pelanggan dan perniagaan semakin berkembang.

norafikah

Caption : Antara makanan yang di promosikan di laman sesawang oleh Norafikah.