Nama : Nur Ireen Umaira Binti Mohamad
Umur : 18 Tahun
Ahli : 2023
Latar belakang
Aireen adalah seorang pelajar SMKK (Sek Men Kebangsaan Keratong) di Felda Keratong 2. Beliau datang ke PEDi Felda Keratong 2 untuk mempelajari cara untuk mengendali komputer dan juga ingin mempelajari Microsoft Office.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT di PEDi, Aireen hanya pandai menggunakan Microsoft Office Word sahaja itu hanya basic sahaja. Selain daripada Microsoft Word, Balqis tidak mahir untuk mengendalikannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas komputer yang dibimbing oleh PEDi Felda Keratong 2, beliau kini telah mempelajari banyak perkara berkaitan komputer dan penggunaan ICT. Pembelajaran ini membuatkan beliau mahir dalam bidang Komputer dan beliau dengan sendirinya dapat melaksanakan tugasan dan kerja kursus yang diberi oleh cikgu.
Nama : Pn Zakirah Binti Zakaria
Umur : 50 Tahun
Ahli : 2013
Latar belakang
Puan Zakirah sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak. Puan Zakirah anak peneroka Felda Keratong 4 dan beliau mempunyai perniagaan sendiri yang mana Puan Zakirah mempunyai SPA LAVALLE ENTERPRIES dan juga membuat perkhidmatan Urutan Tradisional Wanita.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum melibatkan diri dalam program-program yang di sediakan oleh PEDi, beliau sudah mempunyai facebook dan Instagram tetapi beliau masih kurang mahir untuk mengendalikan laman sesawang tersebut. Oleh itu beliau sentiasa mengikuti program-program yang diadakan oleh PEDi Felda Keratong 2.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas menghadiri kelas ict dan kelas keusahawanan di PEDi Felda Keratong 2, Puan Zakirah telah mempelajari banyak ilmu dari segi perkakasan komputer dan kegunaannya, mempelajari Microsoft Office dan jugak mempelajari cara-cara untuk mempromosikan perniagaannya di laman-laman sesawang yang boleh beliau gunakan. Selain daripada itu, beliau juga turut menghadiri kelas cara-cara pengambilan gambar produk dengan lebih baik. Perniagaan Puan Zakirah semakin berkembang dan sudah di ketahui oleh orang ramai.
Nama | MUSLIZA BINTI MUJI |
Umur | 43 Tahun |
Ahli | 2012 |
Latar belakang
Musliza Binti Muji adalah anak peneroka Felda Keratong 4 dan beliau mempunyai keinginan untuk belajar cara mengendali computer dan juga ingin belajar menggunakan Microsoft Office. Oleh kerana itu, beliau datang ke PEDi Felda Keratong 2 untuk mempelajari cara untuk mengendali komputer dan juga ingin mempelajari Microsoft Office.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT di PEDi, Musliza memang tidak tahu cara untuk mengendalikan sebuah komputer dan juga memang tidak mempunyai pengetahuan berkaitan Microsoft Office. Oleh kerana pada zaman globalisasi di era 2022 ini, beliau memikirkan bahawa pembelajaran dan pengetahuan ict adalah sangat penting. Oleh itu, beliau hadir ke PEDi Felda Keratong 2 untuk mempelajari ICT. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Musliza sangat gembira setelah selesai sesi pembelajaran kelas ICT di PEDi Felda Keratong 2 kerana beliau sudah tahu cara-cara mengendalikan komputer dari segi penggunaan tetikus, menaip dan juga beliau sudah tahu cara-cara pendaftaran email di google dan juga “surfing”. Selain daripada itu, beliau juga gembira kerana beliau sudah tahu cara mengendalikan Microsoft Office dari segi Microsoft Word, Excel, PowerPoint dan juga gmail.
|
Nama |
: Nor Afida binti Md Lajis |
Umur |
: 32 Tahun |
Ahli |
: 2022 |
Latar belakang
Puan Nor Afida sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Puan Nor Afida anak peneroka Felda Keratong 4 dan beliau mempunyai perniagaan sendiri yang mana Puan Afida menyediakan perkhidmatan cuci gambar 4R, 3R, Polaroid dan juga passport. Beliau juga menyediakan perkhidmatan ini di kedai atas talian (SHOPEE).
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum melibatkan diri dalam program-program yang di sediakan oleh PEDi, beliau baru sahaja membuat akaun shopee tapi beliau tidak mahir sepenuhnya untuk mengendalikan shopee. Oleh itu, beliau mendapat tahu daripada kawan beliau bahawa PEDi Felda Keratong 2 akan mengadakan program berkaitan shopee. Beliau tertarik dan turut serta dalam program ini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas menghadiri kelas ict dan kelas keusahawanan di PEDi Felda Keratong 2, Fida telah mempelajari banyak ilmu dari segi perkakasan komputer dan kegunaannya, mempelajari Microsoft Office dan jugak mempelajari cara-cara untuk mempromosikan produk jualannya dan juga laman-laman sesawang yang boleh beliau gunakan. Selain daripada itu, beliau juga turut menghadiri kelas cara-cara pengambilan gambar produk dengan lebih baik. Perniagaan Fida semakin berkembang dan sudah di ketahui oleh orang ramai.
Nama | NUR ISHZA SYAZLIYANA BINTI JO ISHAMKAMAL |
Umur | 18 Tahun |
Ahli | 2016 |
Latar belakang
Nur Ishza Syazliyana adalah seorang pelajar SMKK (Sek Men Kebangsaan Keratong) di Felda Keratong 2. Beliau datang ke PEDi Felda Keratong 2 untuk mempelajari cara untuk mengendali komputer dan juga ingin mempelajari Microsoft Office.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT di PEDi, Ishza hanya pandai menggunakan Microsoft Office Powerpoint, hanya basic sahaja. Selain daripada Microsoft Power Point, Ishza tidak mahir untuk mengendalikannya inikan pula untuk mencari sumber-sumber maklumat di internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas komputer yang dibimbing oleh staff PEDi Felda Keratong 2, beliau kini telah mempelajari banyak perkara berkaitan komputer dan penggunaan ICT. Pembelajaran ini membuatkan beliau sudah tahu cara-cara untuk menggunakan Microsoft Office dan juga tahu cara-cara untuk mencari maklumat juga menyimpat maklumat di dalam internet. Oleh itu, ianya dapat membantu Ishza dalam menyelesaikan kerja kursusnya semasa melanjutkan pembelajaran di universiti kelak.