Nama |
: DANIA ARISYA BINTI ISDERIS |
Umur |
: 19 Tahun |
Ahli |
: 2020 |
USAHAWAN KECIL
Latar belakang
Dania Arisya cucu kepada peneroka Felda Keratong 2 yang sedang melanjutkan pelajarannya di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan sambilan itu, beliau menjalankan business Cuci Gambar Online.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan diri di Pusat Internet Felda Keratong 2, Dania sudah mempelajari sedikit sebanyak cara-cara untuk mempromosikan perniagaan beliau dan sedikit sebanyak sudah belajar cara untuk mempromosikan perniagaan di akaun shopee.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti program usahawan yang diadakan di PI Felda Keratong 2. Dania sudah mahir dalam mengendalikan akaun shopee dan juga sudah tahu untuk mempromosikan perniagaannya di laman sesawang yang baru iaitu di laman dashboard komuniti Pusat Internet. Sebelum ini, beliau hanya mengiklankan di shopee dan juga laman sesawang yang biasa digunakan iaitu, facebook, Instagram dan lain-lain lagi.
Nama | : FATIN DANIA BINTI MOHD BASARUDIN |
Umur | : 18 Tahun |
Ahli | : 2020 |
Latar belakang
Fatin Dania binti Mohd Basarudin adalah pelajar lepasan SPM. Beliau hadir ke Pusat Internet Felda Keratong 2 untuk mempelajari mengendalikan komputer dan juga ingin mempelajari Microsoft Office supaya beliau boleh mengendalikan komputer di tempat kerja barunya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT di Pusat Internet, Fatin hanya pandai menggunakan Microsoft Office Word sahaja itu hanya basic sahaja. Selain daripada Microsoft Office Word, Fatin tidak mahir untuk mengendalikannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Keratong 2, beliau kini telah mempelajari banyak perkara berkaitan komputer dan penggunaan ICT. Pembelajaran ini membuatkan beliau mahir dalam bidang Komputer dan beliau dengan sendirinya dapat melaksanakan tugasan di tempat Praktikalnya dengan senang, pantas dan cekap.
USAHAWAN KECIL
Nama |
: NATASHA BINTI ROSELEE |
Umur |
: 36 Tahun |
Ahli |
: 2014 |
Latar belakang
Puan Tasha adalah seorang anak peneroka Felda Keratong 2. Beliau sudah berumah tangga. Beliau menjalanan perniagaan penjualan barangan kosmetik. Membuat penjualan secara offline dan online.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan diri di Pusat Internet Felda Keratong 2, Puan Tasha hanya tertumpu kepada pengiklanan produk beliau menggunakan aplikasi whatsapp dan facebook sahaja. Beliau kurang mengetahui penggunaan aplikasi lain. Selain daripada itu, beliau juga menjual barangan kosmetiknya di Pasar tani di sekitar Felda ini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti program usahawan yang diadakan di PI Felda Keratong 2. Puan Tasha sudah mula belajar cara-cara untuk mengiklankan produknya di aplikasi lain selain daripada whatsapp dan facebook. Beliau sudah mempelajari aplikasi “MyShop” di Dashboard Pusat Internet dan juga di aplikasi lain. Sekarang Puan Jannah sudah mempunyai ramai pelanggan dan perniagaan semakin berkembang. Penjualan semakin meningkat setiap bulan.
USAHAWAN KECIL
Nama |
: SITI EDAWATI BINTI DAUD |
Umur |
: 38 Tahun |
Ahli |
: 2020 |
Latar belakang
Bermula dengan perniagaan kecil-kecilan. Puan Edawati mempunyai perniagaan Satay Dbob. Puan Eda hanya mempromosikan perniagaan di aplikasi whatsapp.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pemasaran kurang meluas dan tidak mengetahui dengan details tentang ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT, perniagaan Puan Edawati semakin berkembang, beliau juga menerima tempahan melalui laman sesawang iaitu melalui facebook dan lain-lain lagi. Dengan adanya ICT, Puan Edawati mendapat tempahan produk setiap hari dan ini dapat menambahkan pendapatan beliau.
Nama | : Noor Amira Elmiza binti Azmi |
Umur | : 21 Tahun |
Ahli | : 2020 |
Latar belakang
Noor Amira Elmiza binti Azmi menetap di Ladang Risda Keratong 1, Karung Berkunci 507, Segamat, Johor. Beliau datang ke Pusat Internet Felda Keratong 2 untuk mempelajari mengendalikan komputer dan juga ingin mempelajari Microsoft Office supaya beliau boleh mengendalikan komputer di tempat kerja barunya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT di Pusat Internet, Amira hanya pandai menggunakan Microsoft Office Word sahaja itu hanya basic sahaja. Selain daripada Microsoft Office, Amira tidak mahir untuk mengendalikannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Keratong 2, beliau kini telah mempelajari banyak perkara berkaitan komputer dan penggunaan ICT. Pembelajaran ini membuatkan beliau mahir dalam bidang Komputer dan beliau dengan sendirinya dapat melaksanakan tugasan di tempat Praktikalnya dengan senang, pantas dan cekap.