Nama : Ahmad Qoid Afhamuddin bin Yusnoor
Umur : 16 Tahun
Ahli : 2011
Latar belakang
Ahmad Qoid adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang. Ahmad Qoid juga adalah seorang cucu kepada Peneroka Felda Keratong 2. Beliau datang ke NADI Felda Keratong 2 untuk mempelajari cara untuk mengendali komputer dan juga ingin mempelajari Microsoft Office. Setiap kali pulang ke kampung, Ahmad juga selalu hadir ke NADI untuk mencari maklumat-maklumat untuk menyiapkan kerja sekolah beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum menghadiri kelas ICT di NADI, Ahmad hanya pandai menggunakan Microsoft Office Word sahaja, hanya basic sahaja. Selain daripada Microsoft Word, Ahmad tidak mahir untuk mengendalikannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui kelas komputer yang dibimbing oleh NADI Felda Keratong 2, beliau kini telah mempelajari banyak perkara berkaitan komputer, penggunaan ICT dan juga cara mengendalikan Microsoft Word Office. Pembelajaran ini membuatkan beliau mahir dalam bidang Komputer dan beliau dengan sendirinya dapat melaksanakan tugasan dan kerja kursus yang diberi oleh cikgu.
Nama : Mustika Binti Atan Umur : 33 Tahun Ahli : 2020
Latar belakang Puan Mustika adalah cucu peneroka Felda Keratong 3. Beliau mempunyai perniagaan penjualan Ayam Gunting sejak 3 tahun yang lepas. Perniagaan beliau sudah dikenali di seluruh Felda Zon A (Felda Keratong 1 sehingga Felda Keratong 5 termasuk la Bandar Tun Abdul Razak). Sekarang beliau hanya berniaga di hadapan rumah beliau. Sebelum ini beliau membuka gerai di Bandar Tun Abdul Razak. Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADi Sebelum melibatkan diri dalam program-program yang di sediakan oleh NADi, beliau hanya mengharapkan orang hadir ke kedai untuk membuat pembelian dan penjualan beliau hanya mendapat keuntungan yang sedikit dan kadang-kadang hanya dapat pulangan modal sahaja. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADi Selepas menghadiri kelas ict dan kelas keusahawanan di NADi Felda Keratong 2, beliau telah mempelajari banyak ilmu dari segi perkakasan komputer dan kegunaannya, mempelajari Microsoft Office dan jugak mempelajari cara-cara untuk mempromosikan produk jualannya dan juga laman-laman sesawang yang boleh beliau gunakan. Selain daripada itu, beliau juga turut menghadiri kelas cara-cara pengambilan gambar produk dengan lebih baik supaya Mustika dapat menarik banyak lagi pelanggan. Perniagaan Mustika semakin berkembang dan sudah di ketahui oleh orang ramai. |
Nama : Nur Amirah Sofiyah Binti Mohamad Sahfri
Umur : 18 Tahun
Ahli : 2020
Latar belakang
Nur Amirah Sofiyah adalah seorang lepasan SPM. Beliau datang ke PEDi Felda Keratong 2 untuk mempelajari cara untuk mengendali komputer dan juga ingin mempelajari Microsoft Office.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT di PEDi , Amirah hanya pandai menggunakan Microsoft Office Word dan Microsoft Office Power Point sahaja. Selain daripada itu, Amirah juga tidak mahir untuk mengendalikannya dan pengetahuan basic sahaja
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui kelas komputer yang dibimbing oleh PEDi Felda Keratong 2, beliau kini telah mempelajari banyak perkara berkaitan komputer dan penggunaan ICT. Pembelajaran ini membuatkan beliau mahir dalam bidang Komputer dan beliau dengan sendirinya dapat melaksanakan tugasan dan kerja kursus. Selain itu, Amirah juga mempelajari asas penghasilan poster di Canva.com. Kini beliau Berjaya melanjutkan Pelajaran di kolej Profesional Mara (KPM)
-
Nama : Fatin Nursarida Binti Saidin
Umur : 20 Tahun
Ahli : 2017
Latar belakang
Fatin Nursarida adalah pelajar IPTA. Beliau datang ke PEDi Felda Keratong 2 untuk mempelajari cara untuk mengendali komputer dan juga ingin mempelajari Microsoft Office dengan lebih mahir.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT di PEDi , Fatin hanya pandai menggunakan Microsoft Office basic sahaja. Memandangkan beliau kini belajar di IPTA, beliau harus menguasai ilmu ict dengan lebih terperinci (advanced). Beliau juga ingin mempelajari asas penghasilan poster dan video
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui kelas komputer yang dibimbing oleh PEDi Felda Keratong 2, beliau kini telah mempelajari banyak perkara berkaitan komputer dan penggunaan ICT. Pembelajaran ini membuatkan beliau mahir dalam bidang Komputer dan beliau dengan sendirinya dapat melaksanakan tugasan dan kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah. Selain itu, Fatin lebih mudah menyelesaikan tugasan yang diberikan semasa di IPTA.
Nama : Aiman Hakim Bin Abd Zahir
Umur : 16 Tahun
Ahli : 2020
Latar belakang
Aiman Hakim adalah seorang pelajar SMKK (Sek Men Kebangsaan Keratong) di Felda Keratong 2. Beliau datang ke PEDi Felda Keratong 2 untuk mempelajari cara untuk mengendali komputer dan juga ingin mempelajari Microsoft Office.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT di PEDi , Aiman hanya pandai menggunakan Microsoft Office Word sahaja itu hanya basic sahaja. Selain daripada Microsoft Word, Aiman tidak mahir untuk mengendalikannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui kelas komputer yang dibimbing oleh PEDi Felda Keratong 2, beliau kini telah mempelajari banyak perkara berkaitan komputer dan penggunaan ICT. Pembelajaran ini membuatkan beliau mahir dalam bidang Komputer dan beliau dengan sendirinya dapat melaksanakan tugasan dan kerja kursus yang diberi oleh cikgu.